Langkau ke kandungan utama

Pelanggan puas hati, Kami senang hati

Assalamualaikum, Salam Sejahtera semua.

Alhamdulillah kini sudah dipenghujung bulan Mac 2018, sehingga entry ini ditulis homestay kami masih lagi memberikan perkhidmatan kepada pelanggan, iaitu rombogan dari Tuaran Sabah. Kumpulan ini dijangka keluar pada hari esok (1 Apr 2018).

Bulan Mac 2018 ini merupakan bulan yang bertuah bagi Homestay Sri Indah Tawau, kami menerima pelanggan tidak putus-putus dari awal bulan lagi. Kami sedia maklum bahawa terdapat cuti sekolah seminggu dalam bulan ini yang memberikan sumbangan besar dalam nilai jualan kami. Syukur pada yang Esa.

Dalam banyak-banyak pelanggan kami ada satu group ini saya highlight kan. Pelanggan dari Kota Kinabalu. Saya namakan Group Zielah Chin dan rakan-rakan. (Macam nama Syarikat perkonngsian pula kan hehe). Group Zielah ini datang berkumpulan dengan rakan-rakan karibnya ke Tawau atas dasar menghadiri majlis perkahwinan rakan baik mereka. Sambil tu mungkin ambil peluang jalan-jalan sekitar Tawau.

Review yang kami terima daripada group ini sangat mengujakan kami, kami berbesar hati dengan komen yang ikhlas ini. Ini juga memberikan kami aura baru untuk memberikan perkhidmatan terbaik untuk pelanggan-pelanggan seterusnya pada masa akan datang.

Apa yang mengujakan sangat tu. Mereka kongsikan review ini di laman Facebook rasmi homestay Sri Indah Tawau. (klik link untuk terus ke laman facebook). Dibawah ini kami kongsikan apa yang mereka tulis. (Review ini bukan rekaan dan tiada paksaan kepada pelanggan untuk kongsikan)

Thanks Zielah Chin (org cina ka? Mix kami kan)


Ini pula rakan-rakan Zielah.


Kenapa Zielah pula yang disebut2? Oh ya, Urusan tempahan sehingga lah selesai check out semua diurus oleh Zielah. Jadi saya anggap Zielah ini ketua la dalam group mereka.

Apa pun terima kasih kami ucapkan, dengan testimonial ini memberikan suatu kepercayaan baru kepada pelanggan2 kami pada masa akan datang.

Perlukan homestay di Tawau boleh la berhubung dengan kami melalui whatsapp atau direct call

010 210 1712

atau terus ke lama facebook kami Sri Indah Homestay Tawau untuk membuat tempahan.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PROFIL HOMESTAY SRI INDAH

Homestay Sri Indah terletak di Bandar Sri Indah Tawau Fasa 5, Tawau Sabah. Rumah baru dibuka sebagai homestay pasti rasa selesa degan kelengkapan baru dan kemudahan dipersekitaran. Rumah dua (2) tingkat mempunyai 3 bilik tidur dan 3 bilik air memang amat sesuai untuk penginapan yang selesa dan menjimatkan Lokasi Homestay Sri Indah terletak berdekatan: 1. Pusat Komersal Bandar Sri Indah - 3 minit 2. Kolej Komuniti Tawau (Bt 10) - 3 minti 3. Kedai runcit/ Pasar Raya - 3 minit 4. Balai polis BSI - 3 minit 5. ATM Maybank (terletak di Balai Polis BSI) 6. Dobi layan diri (Pusat Komersal) 7. Tempat makan yang beraneka pilihan (Pusat Komersal) 8. Klinik BSI 9. Lapagan Terbang Tawau (TWU AIRPORT) - 15 minit 10. Pusat Bandar Tawau - 15 minit 11. Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tawau Lokasi kediaman/ kampung terdekat: 1. Kampung Ranggu 2. Flat PPR Batu 8 3. San Shui Golf & Country Resort 4. Kampung Menbal

Tips Kos Percutian ke Tawau Sabah

Perbelanjaan Percutian Tiba musim cuti sekolah, masing-masing sudah buntu memikirkan hal percutian, Lagi bingung apabila memikirkan kos untuk bercuti! Kos makan, kos perjalanan, kos kecemasan, kos hotel dan kos-kos yang lain. Terdapat dua kos yang paling tinggi semasa bercuti 1. Kos pengangkutan (jarak jauh) 2. Kos peginapan. (Hotel) Dua kos di atas sememangnya memerlukan perhatian yang rapi agar poket anda tidak bocor seperti memasuk air ke dalam poket! Namun demikian, kini banyak cara untuk berjimat. Sebagai contoh, jika jarak perjalanan yang jauh kita mungkin ada pilihan jenis pengangkutan yang terbaik dan yang paling penting MURAH! Pengangkutan. Ramai orang fikir kos pengangkutan darat adalah paling murah. Terdapat juga tanggapan sesetengah pihak bahawa pengangkutan udara adalah mahal dan tidak mampu bagi rakyat kebanyakan. Ternyata tanggapan itu MELESET! (bukan ekonomi sahaja yang meleset). Sebagai contoh kos pegangkutan dari Kota Kinabalu ke Tawau m

Pelancaran Homestay Sri Indah 2 Tawau 1.1.2020 (Ali 010-2101712)

Selamat tahun baru 2020 yang bakal kita tempuh kurang 5 hari lagi. kami team fb: Homestay Tawau Sabah a.k.a Homestay Sri Indah Tawau bakal melancarkan homestay kami siri yang ke 2 di lokasi berdekatan Homestay 1. Pelancaran homestay 2 ini selaras dengan permintaan pelanggan kami yang semakin meningkat dan memerlukan homestay lebih daripada 1 buah rumah bagi menampung pengunjung yang ramai. Terima kasih yang tidak terhingga atas sokongan pelanggan kami semenjak homestay 1 ditubuhkan pada lewat tahun 2016. Kini kami satu langkah kehadapan lagi depan membuka kemudahan homestay dengan fasiliti yang baik. nantikan 1.1.2020.