Langkau ke kandungan utama

Tips Kos Percutian ke Tawau Sabah

Perbelanjaan Percutian

Tiba musim cuti sekolah, masing-masing sudah buntu memikirkan hal percutian, Lagi bingung apabila memikirkan kos untuk bercuti! Kos makan, kos perjalanan, kos kecemasan, kos hotel dan kos-kos yang lain.

Terdapat dua kos yang paling tinggi semasa bercuti

1. Kos pengangkutan (jarak jauh)

2. Kos peginapan. (Hotel)

Dua kos di atas sememangnya memerlukan perhatian yang rapi agar poket anda tidak bocor seperti memasuk air ke dalam poket! Namun demikian, kini banyak cara untuk berjimat. Sebagai contoh, jika jarak perjalanan yang jauh kita mungkin ada pilihan jenis pengangkutan yang terbaik dan yang paling penting MURAH!


Pengangkutan.

Ramai orang fikir kos pengangkutan darat adalah paling murah. Terdapat juga tanggapan sesetengah pihak bahawa pengangkutan udara adalah mahal dan tidak mampu bagi rakyat kebanyakan. Ternyata tanggapan itu MELESET! (bukan ekonomi sahaja yang meleset). Sebagai contoh kos pegangkutan dari Kota Kinabalu ke Tawau menggunakan bas express RM50 sehala. (travel mengambil masa 8-10 jam dalam bas), jika kita memilih untuk memandu menggunakan kenderaan sendiri, kos sehala pada laluan yang sama RM200 ++.

Kini terdapat syarikat penerbangan menawarkan harga tiket murah malahan mungkin juga syarikat penerbangan boleh memberikan harga promosi serendah RM10 sehala dari Kota Kinabalu ke Tawau.

Murah kan!

Anda boleh semak harga tiket penerbangan melalui website syarikat penerbangan tambang murah seperti Air Asia.  Syarikat penerbangan ini selalu menawarkan harga yang murah untuk ke destinasi pilihan. Kita boleh memilih untuk ke lebioh 130 destinasi pilihan domestik dan antarabangsa.

Tapi jangan ghairah sangat shopping tiket murah di www.airasia.com mungkin anda juga harus membuat perbandingan dengan syarikat penerbangan lain. Kadang-kadang syarikat penerbangan premium di Malaysia juga menawarkan harga promosi bah kan lebih murah daripada syarikat penerbangan tambang murah. Anda juga boleh membuat semakan di  Malaysia Airlines atau Malindo sebagai pilihan tambahan selain AirAsia yang tengah gah di pasaran tempatan.


Penginapan (Hotel)

Apabila bercuti penginapan atau hotel penting untuk tempat beristirehat. Bila sebut sahaja hotel sudah tentu terbayang harga yang mahal. Lebih parah lagi apabila bercuti secara berkumpulan atau ahli keluarga yang ramai. Namun demikian, bagi yang mampu terdapat banyak pilihan hotel di Tawau seperti Promenade Hotel, Hotel Emas, Heritage Hotel dan banyak lagi hotel pilihan. Anda boleh semak senarai harga hotel di Agoda atau booking.com selain walk-in terus ke hotel.

Tips 2017: Terdapat website tempatan untuk booking hotel semakin terkenal sekarang disebabkan sentiasa memberikan harga yang rendah dan kupon diskaun. Boleh rujuk website Traveloka memang terbaik!

Selain hotel anda juga boleh memilih homestay sebagai pilihan terbaik memandangkan homestay boleh memuatkan ramai orang dan lebih murah berbanding hotel. Ini adalah satu penjimatan yang besar. Sebagai perbandingan jika anda menempah hotel kadar dikenakan adalah antara RM100-RM250/ night khas untuk 2 orang sahaja, berbanding homestay pada kadar yang sama tetapi boleh memuatkan sehingga 20 orang! Konsep homestay ini sudah lama diperkenalkan dan kini wujud homestay moden yang mana rumah kediaman di bandar-bandar dijadikan sebagai penginapan homestay. Anda boleh pilih mengikut kesesuaian percutian anda. Hotel dan Homestay masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.

Jika anda bercuti ke Tawau untuk menghadiri majlis-majlis perkahwinan, urusan pekerjaan, atau program kerajaan/ swasta yang memerlukan penginapan homestay, Homestay Sri Indah Tawau menyediakan penginapan yang selesa utuk anda. Homestay ini terletak di Bandar Sri Indah Tawau iaitu kawasan bandar baru yang lokasinya strategik di antara bandar Tawau dengan Airport Tawau.





Ini adalah salah satu pilihan homestay di Tawau. Kebanyakan yang meggunakan Homestay Sri Indah berpuas hati dan ada yang telah membuat tempahan lebih dua kali. Untuk tempahan homestay ini boleh menghubungi En. Riz di talian 010 210 1712

Banyak lagi pilihan homestay lain di Tawau Sabah. Anda boleh google sahaja dan pilih mengikut kesesuaian, jarak, kos, akses mudah san sebagainya.

Selamat bercuti ke Tawau.

Next post: Tempat menarik sekitar Tawau dan Semporna!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PROFIL HOMESTAY SRI INDAH

Homestay Sri Indah terletak di Bandar Sri Indah Tawau Fasa 5, Tawau Sabah. Rumah baru dibuka sebagai homestay pasti rasa selesa degan kelengkapan baru dan kemudahan dipersekitaran. Rumah dua (2) tingkat mempunyai 3 bilik tidur dan 3 bilik air memang amat sesuai untuk penginapan yang selesa dan menjimatkan Lokasi Homestay Sri Indah terletak berdekatan: 1. Pusat Komersal Bandar Sri Indah - 3 minit 2. Kolej Komuniti Tawau (Bt 10) - 3 minti 3. Kedai runcit/ Pasar Raya - 3 minit 4. Balai polis BSI - 3 minit 5. ATM Maybank (terletak di Balai Polis BSI) 6. Dobi layan diri (Pusat Komersal) 7. Tempat makan yang beraneka pilihan (Pusat Komersal) 8. Klinik BSI 9. Lapagan Terbang Tawau (TWU AIRPORT) - 15 minit 10. Pusat Bandar Tawau - 15 minit 11. Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tawau Lokasi kediaman/ kampung terdekat: 1. Kampung Ranggu 2. Flat PPR Batu 8 3. San Shui Golf & Country Resort 4. Kampung Menbal

Pelancaran Homestay Sri Indah 2 Tawau 1.1.2020 (Ali 010-2101712)

Selamat tahun baru 2020 yang bakal kita tempuh kurang 5 hari lagi. kami team fb: Homestay Tawau Sabah a.k.a Homestay Sri Indah Tawau bakal melancarkan homestay kami siri yang ke 2 di lokasi berdekatan Homestay 1. Pelancaran homestay 2 ini selaras dengan permintaan pelanggan kami yang semakin meningkat dan memerlukan homestay lebih daripada 1 buah rumah bagi menampung pengunjung yang ramai. Terima kasih yang tidak terhingga atas sokongan pelanggan kami semenjak homestay 1 ditubuhkan pada lewat tahun 2016. Kini kami satu langkah kehadapan lagi depan membuka kemudahan homestay dengan fasiliti yang baik. nantikan 1.1.2020.