Langkau ke kandungan utama

Soalan Lazim (FAQ)



Q: Di mana lokasi Homestay Sri Indah?
A: Anda boleh klik di sini untuk lokasi tepat

Q: Berapa kadar sewa homestay ini. Bagaimana jika ingin menyewa jangka masa yang lama
A: Kadar sewa homestay terkini boleh rujuk di halaman Promosi. Kami juga menyediakan penginapan dalam tempoh yang lama bergantung pada kekosongan.

Q: Rombongan kami seramai 20 orang, adakah dibenarkan untuk menginap dalam satu-satu masa?
A: Homestay kami mempunya 3 bilik terletak di tingkat atas dan kapasiti katil 7 orang (2 katil queen dan 3 katil single). Walaubagaimanapun, terpulang pada penyewa atas keselesaan masing-masing.

Q: Adakah dikenakan bayaran tambahan jika tetamu rama?
A: Tidak. Ianya atas keselesaan masing-masing. Tiada bayaran tambahan

Q: Pihak homestay ada meyediakan tilam/toto/bantal tambahan?
A: Ada. Tetapi jumlah adalah terhad dan disediakan atas permintaan pelanggan. Ianya juga adalah percuma.

Q: Pihak homestay ada menyediakan peralatan mandian seperti sabun/tuala dan lain-lain?
A: Tidak ada. Barang/peralatan tersebut dibawa oleh pelanggan sendiri.

Q: Mengikut jadual masa check in adalah jam 2.00pm manakala masa check out adalah 11.00am. Bolehkah kami check in awal atau check out lewat?
A: Boleh dengan syarat tiada pelanggan sebelum atau selepas penyewaan tersebut. Jika ada, maka peraturan masa tersebut akan berkuatkuasa. Sila ambil maklum kebenaran masuk awal atau keluar lewat mestilah mempunyai kebenaran lisan atau bertulis dari pihak homestay. Tiada bayaran tambahan dikenakan jika tidak melebihi 5 jam.


SEBARANG PERTANYAAN BOLEH DILETAKKAN DI RUANGAN KOMEN. KAMI AKAN MEMBALAS SECEPAT MIGKIN

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PROFIL HOMESTAY SRI INDAH

Homestay Sri Indah terletak di Bandar Sri Indah Tawau Fasa 5, Tawau Sabah. Rumah baru dibuka sebagai homestay pasti rasa selesa degan kelengkapan baru dan kemudahan dipersekitaran. Rumah dua (2) tingkat mempunyai 3 bilik tidur dan 3 bilik air memang amat sesuai untuk penginapan yang selesa dan menjimatkan Lokasi Homestay Sri Indah terletak berdekatan: 1. Pusat Komersal Bandar Sri Indah - 3 minit 2. Kolej Komuniti Tawau (Bt 10) - 3 minti 3. Kedai runcit/ Pasar Raya - 3 minit 4. Balai polis BSI - 3 minit 5. ATM Maybank (terletak di Balai Polis BSI) 6. Dobi layan diri (Pusat Komersal) 7. Tempat makan yang beraneka pilihan (Pusat Komersal) 8. Klinik BSI 9. Lapagan Terbang Tawau (TWU AIRPORT) - 15 minit 10. Pusat Bandar Tawau - 15 minit 11. Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tawau Lokasi kediaman/ kampung terdekat: 1. Kampung Ranggu 2. Flat PPR Batu 8 3. San Shui Golf & Country Resort 4. Kampung Menbal

Tips Kos Percutian ke Tawau Sabah

Perbelanjaan Percutian Tiba musim cuti sekolah, masing-masing sudah buntu memikirkan hal percutian, Lagi bingung apabila memikirkan kos untuk bercuti! Kos makan, kos perjalanan, kos kecemasan, kos hotel dan kos-kos yang lain. Terdapat dua kos yang paling tinggi semasa bercuti 1. Kos pengangkutan (jarak jauh) 2. Kos peginapan. (Hotel) Dua kos di atas sememangnya memerlukan perhatian yang rapi agar poket anda tidak bocor seperti memasuk air ke dalam poket! Namun demikian, kini banyak cara untuk berjimat. Sebagai contoh, jika jarak perjalanan yang jauh kita mungkin ada pilihan jenis pengangkutan yang terbaik dan yang paling penting MURAH! Pengangkutan. Ramai orang fikir kos pengangkutan darat adalah paling murah. Terdapat juga tanggapan sesetengah pihak bahawa pengangkutan udara adalah mahal dan tidak mampu bagi rakyat kebanyakan. Ternyata tanggapan itu MELESET! (bukan ekonomi sahaja yang meleset). Sebagai contoh kos pegangkutan dari Kota Kinabalu ke Tawau m

Pelancaran Homestay Sri Indah 2 Tawau 1.1.2020 (Ali 010-2101712)

Selamat tahun baru 2020 yang bakal kita tempuh kurang 5 hari lagi. kami team fb: Homestay Tawau Sabah a.k.a Homestay Sri Indah Tawau bakal melancarkan homestay kami siri yang ke 2 di lokasi berdekatan Homestay 1. Pelancaran homestay 2 ini selaras dengan permintaan pelanggan kami yang semakin meningkat dan memerlukan homestay lebih daripada 1 buah rumah bagi menampung pengunjung yang ramai. Terima kasih yang tidak terhingga atas sokongan pelanggan kami semenjak homestay 1 ditubuhkan pada lewat tahun 2016. Kini kami satu langkah kehadapan lagi depan membuka kemudahan homestay dengan fasiliti yang baik. nantikan 1.1.2020.