Assalamualaikum, Salam Sejahtera semua. Alhamdulillah kini sudah dipenghujung bulan Mac 2018, sehingga entry ini ditulis homestay kami masih lagi memberikan perkhidmatan kepada pelanggan, iaitu rombogan dari Tuaran Sabah. Kumpulan ini dijangka keluar pada hari esok (1 Apr 2018). Bulan Mac 2018 ini merupakan bulan yang bertuah bagi Homestay Sri Indah Tawau, kami menerima pelanggan tidak putus-putus dari awal bulan lagi. Kami sedia maklum bahawa terdapat cuti sekolah seminggu dalam bulan ini yang memberikan sumbangan besar dalam nilai jualan kami. Syukur pada yang Esa. Dalam banyak-banyak pelanggan kami ada satu group ini saya highlight kan. Pelanggan dari Kota Kinabalu. Saya namakan Group Zielah Chin dan rakan-rakan. (Macam nama Syarikat perkonngsian pula kan hehe). Group Zielah ini datang berkumpulan dengan rakan-rakan karibnya ke Tawau atas dasar menghadiri majlis perkahwinan rakan baik mereka. Sambil tu mungkin ambil peluang jalan-jalan sekitar Tawau. Review yang kami terima