Langkau ke kandungan utama

Terma & Syarat

Homestay Sri Indah, Tawau

Terma & Syarat

Terma dan Syarat berikut perlu dibaca sebelum anda membuat tempahan dan perlu dipatuhi semasa anda menginap di homestay ini.
  • Sila membuat tempahan  untuk menginap di Homestay Sri Indah dengan cara (Telefon. SMS. Whatsapp)
  • Homestay Sri Indah tidak menerima tetamu yang ingin menginap secara tiba-tiba (ad-hoc).
  • Jika anda ingin menginap di Homestay Sri Indah anda perlu membuat tempahan awal sekurang-kurangnya 24 jam sebelum daftar masuk.
  • Selepas anda membuat tempahan, sila buat bayaran deposit atau bayaran penuh. Tempahan anda hanya akan diproses selepas pihak kami menerima bayaran. Bayaran perlu dibuat dalam tempoh 24 jam dari waktu tempahan dibuat. 
  • Jika anda tidak dapat membuat bayaran dalam tempoh yang dinyatakan sila maklumkan kepada kami.
  • Jika dalam tempoh diatas, pihak kami tidak menerima apa-apa maklumbalas dari anda, tempahan anda akan terbatal dengan sendiri dan selepas tempoh itu, pihak kami akan membuka tempahan kepada pelanggan lain. 
  • Homestay Sri Indah hanya membenarkan tetamu sah yang berdaftar sahaja untuk menginap disini.
  • Sila patuhi waktu daftar masuk (check in) adalah pukul 2.00 petang "onward" dan waktu keluar (check out) 11.00 pagi. Check out yang lewat dari pukul 11.00 pagi tidak dibenarkan jika anda penyewa lain yang akan menginap.
  • Jika tidak ada penyewa lain yang menginap, anda dibenarkan keluar lewat dari masa yang ditetapkan dengan kebenaran lisan/ bertulis dari pihak pengurusan.
  • Jika terdapat perubahan waktu check-in / check out, sila maklumkan kepada kami sehari awal sebelum kedatangan anda. Untuk mengelak kesulitan, sila semak tarikh anda menyewa homestay adalah BETUL. 
  • Sekiranya tempahan dibatalkan kami akan memulangkan semua bayaran sewa harian anda (jika bayaran penuh telah dibuat) kecuali wang cagaran RM100 tidak akan dipulangkan. 
  • Sila pastikan anda benar-benar ingin menginap pada tarikh yang anda tempah. 
  • Anda bertanggungjawab menjaga keselamatan rumah dan barang-barang yang disediakan dalam homestay semasa anda menginap disini.
  • Jika anda keluar meninggalkan rumah atau tidur di waktu siang/malam pastikan anda telah menutup dan mengunci pintu, tingkap dan pintu pagar.
  • Semua suis elektrik hendaklah dipadam selepas digunakan. Penghuni digalakkan menutup semua suis termasuk suis kipas / lampu /aircond apabila meninggalkan rumah. 
  • Tetamu yang menginap disini tidak dibenarkan dengan sengaja merosak atau membawa keluar barangan dan peralatan yang disediakan di dalam homestay.
  • Jika berlaku kecurian atau kerosakan pihak pengurusan berhak menuntut bayaran ganti rugi atau melaporkan kecurian kepada pihak polis.
  • Tidak dibenarkan membawa keluar barang-barang yang terdapat di dalam rumah tanpa kebenaran pihak pengurusan homestay ini.
  • Sila buang semua bungkusan makanan yang tidak digunakan ke dalam tong sampah yang disediakan.
  • Bagi tujuan keselamatan merokok adalah di larang di dalam rumah. 
  • Tidak dibenarkan membawa binatang peliharaan. 
  • Tidak dibenarkan membuat bising hingga menganggu ketenteraman jiran-jiran berdekatan. 
  • Sila jaga tatasusila di dalam dan di luar rumah agar tidak mengganggu penghuni lain.
  • Pastikan semua barang dan peralatan diletakan di tempat asal sebelum anda check-out.
  • Kunci rumah hendaklah diserahkan kepada pihak pengurusan bila anda check-out. **
  • Bayaran deposit / wang cagaran RM100 akan dipulangkan semula kepada anda sebaik sahaja anda menyerahkan kunci setelah pihak pengurusan memastikan tiada kerosakan, kecurian atau kehilangan peralatan di dalam rumah dan tiada kelewatan waktu check-out. 
  • NOTIS PIHAK PENGURUSAN Homestay TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS KEHILANGAN, KEROSAKAN ATAU KECEDERAAN PADA TUBUH BADAN DAN HARTA BENDA PENGHUNI ATAU TETAMU MEREKA DI ATAS KECUAIAN DAN KELALAIAN MEREKA SENDIRI SEMASA MENGINAP DI SINI.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PROFIL HOMESTAY SRI INDAH

Homestay Sri Indah terletak di Bandar Sri Indah Tawau Fasa 5, Tawau Sabah. Rumah baru dibuka sebagai homestay pasti rasa selesa degan kelengkapan baru dan kemudahan dipersekitaran. Rumah dua (2) tingkat mempunyai 3 bilik tidur dan 3 bilik air memang amat sesuai untuk penginapan yang selesa dan menjimatkan Lokasi Homestay Sri Indah terletak berdekatan: 1. Pusat Komersal Bandar Sri Indah - 3 minit 2. Kolej Komuniti Tawau (Bt 10) - 3 minti 3. Kedai runcit/ Pasar Raya - 3 minit 4. Balai polis BSI - 3 minit 5. ATM Maybank (terletak di Balai Polis BSI) 6. Dobi layan diri (Pusat Komersal) 7. Tempat makan yang beraneka pilihan (Pusat Komersal) 8. Klinik BSI 9. Lapagan Terbang Tawau (TWU AIRPORT) - 15 minit 10. Pusat Bandar Tawau - 15 minit 11. Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tawau Lokasi kediaman/ kampung terdekat: 1. Kampung Ranggu 2. Flat PPR Batu 8 3. San Shui Golf & Country Resort 4. Kampung Menbal

Tips Kos Percutian ke Tawau Sabah

Perbelanjaan Percutian Tiba musim cuti sekolah, masing-masing sudah buntu memikirkan hal percutian, Lagi bingung apabila memikirkan kos untuk bercuti! Kos makan, kos perjalanan, kos kecemasan, kos hotel dan kos-kos yang lain. Terdapat dua kos yang paling tinggi semasa bercuti 1. Kos pengangkutan (jarak jauh) 2. Kos peginapan. (Hotel) Dua kos di atas sememangnya memerlukan perhatian yang rapi agar poket anda tidak bocor seperti memasuk air ke dalam poket! Namun demikian, kini banyak cara untuk berjimat. Sebagai contoh, jika jarak perjalanan yang jauh kita mungkin ada pilihan jenis pengangkutan yang terbaik dan yang paling penting MURAH! Pengangkutan. Ramai orang fikir kos pengangkutan darat adalah paling murah. Terdapat juga tanggapan sesetengah pihak bahawa pengangkutan udara adalah mahal dan tidak mampu bagi rakyat kebanyakan. Ternyata tanggapan itu MELESET! (bukan ekonomi sahaja yang meleset). Sebagai contoh kos pegangkutan dari Kota Kinabalu ke Tawau m

Pelancaran Homestay Sri Indah 2 Tawau 1.1.2020 (Ali 010-2101712)

Selamat tahun baru 2020 yang bakal kita tempuh kurang 5 hari lagi. kami team fb: Homestay Tawau Sabah a.k.a Homestay Sri Indah Tawau bakal melancarkan homestay kami siri yang ke 2 di lokasi berdekatan Homestay 1. Pelancaran homestay 2 ini selaras dengan permintaan pelanggan kami yang semakin meningkat dan memerlukan homestay lebih daripada 1 buah rumah bagi menampung pengunjung yang ramai. Terima kasih yang tidak terhingga atas sokongan pelanggan kami semenjak homestay 1 ditubuhkan pada lewat tahun 2016. Kini kami satu langkah kehadapan lagi depan membuka kemudahan homestay dengan fasiliti yang baik. nantikan 1.1.2020.